Penceritaan aku kali ini hanyalah berkisarkan apa yang aku nampak aku lihat aku dengar atau mungkin aku sendiri yang rasa. Penceritaan aku kali ini adalah tentang bab paling feveret dalam hidup iaitu KAHWIN. Feveret tak? haa.itu jawab sendiri. Bagi yang belum, mestilah feveret kan. Bagi yang sudah .... entah ya?lepas apa yang kita lalui, kita hadap hari hari, masihkah feveret lagi kahwin di hati? Ada pun yang terkandas di tengah jalan,buntu tak ketahuan, aku tak fikir buat masa ini kahwin menjadi idaman hati. Sebab masih ada luka untuk diubati, takkan kita terus terus nak bersedia lagi untuk dilukai kan? Sekurang kurangnya, amik masa dulu. Ye tak?
Memandang kelmarin yang silam, aku jadi rindu akan kahwin. Rindu suasana, rindu perasaan gelisah menunggu, rindu perasaan debar, rindukan mak ayah kaum keluarga sanak saudara yang ada sama merai. Yang pasti, aku rindu kekasih akhir yang ku cinta. Bukanlah bermakna kini dia bukan lagi orang yang sama. Alhamdulillah, menginjak ke tahun kedua, dia masih lagi lelaki yang sama yang ku cinta dan yang menyinta diri ini. Kalau pun ada berubah sedikit, itu lumrah namanya. itu hukum alam kalau aku boleh kata. Yelah, masa bercinta keluar makan sana sini, tapi sekarang makan kat rumah itu lebih indah dan bermakna. See?Its for good actually. Ye tak?
Bagi yang belum, jangan ingat ianya seindah yang disangka. Ya, betul indah kalau anda pandai menghargai pasangan, menghargai perhubungan, dan mencuba sehabis baik untuk menjadi suami / isteri yang baik buat pasangan. Selama mana mampu, cubalah dan teruslah mencuba. Pada yang sudah, dah tahu kan? Apa adanya dengan perkahwinan, apa adanya dengan pasangan kita. Paling penting kita kena menerima mereka seadanya, sama juga dengan diri kita, kita tak sempurna, no one perfect. So, attached with each other with their incomplete, with their weakness. Love them for who they are. Itu lagi bagus. Ye tak?
Fikir fikir balik. Selagi kita tak rasa kita tak tau kan?Not say bout the bad things laa, its about how beautiful marriage is. Yes, its beautiful. May Allah bless us all and make it more beautiful for us. Amin.
No comments:
Post a Comment