Dalam hidup kita bermain dengan beratus ribu risiko. Waktu memandu, memasak, beriadah dan macam macam lagi aktiviti yang terdedah dengan risiko. Hidup bergelumang risiko. Hahaha. Can we say that? Well actually semalam aku terfikir tentang ini. Bila mana risiko itu melibatkan hati. Yelah, kita kan bercinta bagi hati untuk menyayangi, mengharapkan hati ini disayangi, diri ini dicintai, lovers never know when sunrise. hahaha. Cenggitu lah indahnya rasa cinta dicintai yang digambarkan. Moga kekal sampai lepas kahwin ada anak cucu cicit cit cit.. hihi
Bila kita memberi hati untuk dicinta, kita punya banyak risiko untuk dilukai. Even married, we still have chance to lose our beloved person, hilang mencari cinta baru atau mungkin dia hilang buat selama lamanya. Tuhan dah kata, semua kan pergi. Itu satu risiko yang pasti. Kita juga akan merasainya. Cuma, risiko pasangan mencari cinta lain ni.. Nau'zubillah. Mungkin adalah kurang kita, atau adalah tu yang mencuit hati dia bermain cinta. Haih. Takut kan? rasa kehilangan tu tak best langsung.
So, apa yang patut kita buat dengan risiko yang ini?
No comments:
Post a Comment