Monday, April 14, 2014

sakit.

Bila mana Tuhan memberi kita sakit, di situlah ada kasih sayang, keampunan yang diberi-Nya.  Sakit itu dikatakan penghapus dosa. Siapa kita untuk menidakkan diri kita banyak dosa pada Allah swt.Kan?
Ye, minggu lepas aku sakit. Seminggu tak kerja. Muntah2, cirit birit, demam. Allah sahaja yang tahu apa dan bagaimana rasanya.
Dan aku percaya, yang lain pun diuji juga malah lebih hebat ujian atau sakit yang menimpa. Kan?

Apa yang berlaku pasti pasti pasti ada hikmahnya. Dan hari ini aku yang kena, esok lusa mungkin menyinggah di takdir orang lain pula. Kita tak tau kan? Bila dah sakit mcm ni, membuatkan aku fikir balik, kawan masa susah dan kawan masa senang. Keluarga yang ada setiap masa untuk aku.  Dan pastinya, kasih sayang keluarga kita tak ada tolok banding nya dengan yang lain kan? Cuma, hati aku sikit terasa, sakit2 ni takda sorang pun yang tanya khabar aku? Takda sorang pun tanya mana aku? Aku faham tahap kepentingan aku dalam pejabat bukanlah apa sangat. Cuma aku rasa, aku masih ada kawan2 lagi. Yang selalu ketawa bersama, keluar sama, makan sama, kongsi masalah sama2. Tapi sekarang, mana?????????

Persoalan bodoh.


No comments:

Post a Comment