Thursday, August 20, 2015

diam

aku dibilangnya tak punya apa
sedang di alam maya hebat berkata kata
aku ini dikata tidak bagus mana di alam nyata
sedang di alam maya aku hebat sini sana
lantas aku terdiam terduduk
lama--
aku biar diri bermonolog basi
aku biar hati berteka teki
di mana silap lantunan kata aku selama ini?
di mana hebatnya aku bagai dikata itu?
lalu--
aku temukan satu jawapan
atau lebih tepat Tuhan beri aku satu penerangan
ini duganya, ini ujiannya, ini jalan dakwah dan likunya

apa benar begitu, Tuhan?

Demi Allah, ini semua membuatku futur.
futur seorang aku, hilang dalam perasaanku
telah aku padam satu persatu
bait2 kata, bait2 rasa yang pernah aku lontar di dunia maya

Dan, sekarang. Aku ingin diam.


Wednesday, June 24, 2015

pisah

titis air mata 
yang tidak kau nampak
itu dia sorokkan diam diam
cuma yang terlihat
tenang dan senyum kelat
dia pendam sehabis kuat
dia telan bulat bulat
keputusan diterima
lafaz termeterai
lalu, kasih terlerai
luluh hatinya 
hanya Tuhan yang tahu
sebak dadanya
hanya Tuhan yang tahu



p/s : menaip dgn berat. terbawa2 perkhabaran sedih yang sarat. bertabah, sahabat. Allah dah kata, kita takkan diduga di luar mampunya kita.  kuatlah, sahabat.

Friday, June 5, 2015

putih

hari ni berbaju serba putih
tudung putih jubah putih
kulit je tak putih2...haha
kawan2 mengusik, aii..mcm nak menikah
aku sengihkan saja
mereka lupa kot
ini juga bakal jenazah

dah..dah..

salam jumaat penuh barokah.
moga Allah izin, kita ke syurgaNya.
Amin. ;)

Thursday, June 4, 2015

celaru

well.
ini yang aku rasa
yang entah kenapa aku rasa
walhal aku bukan punca
tak semena mena
aku juga yang terkena
kena ada satu rasa
rasa celaru yang tah apa2
well.

Wednesday, September 24, 2014

Berangan


Ya Allah,
Aku teringin nak ke Makkah
Dengarnya di sana indah indah
Khabarnya di sana hilang gundah

Izinkan aku Ya Allah
Menjadi tetamu Mu di sana
Bantukan aku Ya Allah
Untuk aku bersujud di sana

Selemah lemah aku meminta
Matikan aku juga di sana.







Mati? Bersediakah aku? Bersediakah kita? 

psst...skandal

okay.

ini SERIUS. entah ke mana hilangnya waras akal bila kau berdepan dgn lelaki itu. Berhubung, mengadap muka, berdua-dua.  Dia kan bukan kau punya. Dia kan miliknya orang.  Sorry, tapi ini yang berlaku depan mata aku (Nau'zubillah) . Pesan aku buat si hawa, kalau dia ada membaca (manalah tahu, Allah kan ada magik untuk bagi kita sedar silap kita, manalah tahu dia digerak hati membaca ini) wah.panjang pulak ayat dalam bracket kan. sesuatu sangat! haha. well, ini pesan aku.

' setidaknya, fikirlah. ini dosa. ini akan timbulkan fitnah. ini semua sia-sia. selagi kau berdua masih berhubung mesra berdua-dua kemudian balik ke rumah, berpura bahagia depan suami / isteri masing-masing, itu semua sia-sia.'

' di mana letak nilai setia, jika dia curangi isterinya dan bersama dengan kau?'

' bolehkah kau jamin, dia tak begitu setelah dia yang kau pilih?'

' bercantik memang boleh, tapi apakah hukumnya jika kau berniat untuk dihampar pada kekasih gelap kau itu?'

'tidakkah kalian sayangkan anak2, suami / isteri masing-masing. tidakkah indah keluarga yang Allah pinjamkan dengan penuh kasih dan sayang?'

Nau'zubillahminzalik.  Allah Maha Besar, kurniakan kesedaran di hati2 mereka, juga sempadan bagi hati2 kami yang melihat.  Sesungguhnya kami tidak kuat berhadapan kemungkaran yang berada di depan, maka pertolongan Mu jua kami harapkan. Amin.
Well, dari awal tadi aku cuba untuk sajakkan segala pesan tapi tak boleh. aku ciptakan soalan2 moga timbul secebis kesedaran.  Ini bukan soal sentimental tapi ni dah tahap mental dah ni. selemah lemah yang kita boleh buat adalah BERDOA.  Aku doakan agar hati si hawa akan kekal tetap cintakan suaminya. May Allah bless us all. And them both.

aku tahu aku ambil risiko dengan menaip post ini. tapi niat aku satu, bagi yang membaca, kita berdoa sama. bantu aku, doakan mereka. dan benda benda macam ini tak mustahil jadi di tempat sedara sedari sekalian kan? Jadi, sama2 kita doakan. In shaa Allah.

bidadari

semoga Tuhan izin,
aku ini bidadari mu 
hingga ke syurga sana.