Monday, March 31, 2014

Lemah.

Lemah jadinya.
Bila satu tak ada
Bila tak lengkap
Tanpa dia

Kekok aku
Bila diam menjadi kawan
Bila sunyi di tengah riuh
Dia tak ada

Rindu. Itu sebenarnya.
Macam macam rasa lain yg menerpa
Seolah buruk habis jadinya
Pincangnya aku tanpa dia.

Kekasih akhir yang ku cinta.

Istiqamah. Bukan mudah.

Bukan mudah
Menjadi pencari diri sendiri
Terkadang ingat
Selalunya terlupa
Yang apa apa kita ni
Semua berbalik pada Yang Esa

Haih.
Istiqamah mmg bukan mudah.

Sunday, March 23, 2014

Debar.


Dah banyak kali pun masih debar. Kadang kadang aku fikir hati ni ada set timer lah. Its like debar time~!Well, mudah mudahan semua baik2 aje. Allah kan ada. Tempat bergantung harap paling agung. Pendengar rintih pedih perit paling setia. No doubt.

Allah kan syg kita? ;)

Inai.

Hakikat.
Bila di jari
Alahai 
Berbunga bunga hati

;) aku bukan perempuan pelik kan?

suci.

Ok. Mula. Cuba cari susun kata sesuai untuk aku alunkan rasa dalam kalbu
Tapi. Ini cerita lama. Ini cerita aku. Ini cerita kita. Sensitif kan?
Esok esok jadi lagi. Haih.

Rap :
Kitakah itu
Yang menghulur tanpa diminta
Yang memberi seikhlas hati
Yang menyayang tak perlu ganti
Kitakah itu
Ya aku harap kitalah itu

Lama mana dalam rasa
Lama mana akan kita ada
Lama mana lagi Lama mana lagi
Besok besok dipanggil Ilahi
Besok besok kita kan pergi
Lama mana lagi Lama mana lagi

Kau, aku, kita tinggal apa?
Amal tak seberapa
Solat banyak lopongnya
Kita tinggal apa yang tak seberapa yang banyak lopongnya
Sampai masa kita
Bersih hati suci diri mengadap Ilahi
Sampai masa kita
Suci diri bersih hati jumpa kekasih sejati

Hmm.
Itu nukilan aku. Di jam 12.40 tgh malam. Ye, tgh malam.
Untuk suci. Kitakah itu?

Thursday, March 13, 2014

Jadinya, Aku.

Ada masa
Aku terlalu takut
Bila makin lama makin dalam
Bila makin dalam makin banyak
Tentang kau

Ada masa
Aku terlalu berani
Untuk beri segala cinta
Untuk janji penuh setia
Demi kau

Dalam banyak banyak masa itu
Cuma satu
Dalam takutku
Dalam beraniku
Ada satu rasa cinta paling dalam
Untuk kamu

Rasa itu
Selalu buatkan aku jadi--

Aku. ;)

kawan.

Melihatkan tajuk pun aku pasti ramai yang dah bosan membaca apa apa sahaja pasal kawan / sahabat / teman dan yang sewaktu dengannya. Tapi-- memilih untuk bercerita tentang ini, anggapkan saja ini satu luahan hati yang terluah di depan sang kawan.  Ada benda yang lagi elok kita diamkan kan?

Pada aku, kawan ini unik. Lagi lagi kawan baik, kau nak tergolek terlentang tertawa termerapu termerepek termakan banyak terkentut kuat ter .. mcm mcm lagi laa kan. Tapi kawan still there, for us. No matter how mess our life are. Hahaha.

Seingat aku, ada sorang kawan ni time kecik kecik. aku ada parut yang kelihatanlah, siapa pernah tengok boleh perasan lah..so aku cakap dgn kawan ni, "Aqilah, kita ada parut. Mesti awk taknak kawan dengan kita lagi kan. Muka kita buruk" Hahaha. Amazingly, in the younger age, she answered "Kita kawan awak sampai bila bila. Tak kisahlah berparut ke ape. Kita tetap nak kawan dgn awak." Sigh. Tapi, sampai sekarang Aqilah lama hilang dari hidup aku. Entah di mana silapnya, aku hilang Nur Aqilah Shafiee, lahir pada 25 April . Ada mak yang sangat garang. Haha. She's special then i still remember about her until now.:)

Where are u Aqilah?

kelam kabut

Pagi tadi aku bangkit, meraup wajah, lekas lekas minum air dan selawat ke atas Nabi. Rindu pada Mu Kekasih Allah. Oh sebelum itu, aku lihatkan jam di sisi. Allah! 6.35! Leka dan lenangnya aku menekan button 'snooze' di telefon sampai terlajak dalam mamai. Lambat! Lambat! Membesar sebagai budak asrama, aku bencikan lambat. Lambat buat hidup aku jadi tak seronok, buat pagi aku jadi kabut, dan automatik buat jiwa aku jadi kelam. Tambahan pula, aku hidup di kalangan orang orang yang memandang 'hina' (in their own way) bila ada saja orang lambat, atau lebih tepat jika orang itu aku! Pelik kan?

Macam biasa, pecut sepecut pecutnya nak sampai sebelum pukul 8pagi. Adrenalin memandu laju memang dah selalu aku amalkan. Haha. Ye, tak bagus. Jangan ikut ye kawan kawan. Biarlah aku dan labu labu ku. Well, aku kan Queen of the road. Cilok sana cilok sini, ke depan jugaklah aku. Alhamdulillah aku belum lagi pernah kemalangan jalan raya but who knows the future kan. Mudah2an kita semua dipelihara oleh Allah swt.

Selalunya, bila dah lambat, aku akan buat muka cool dan terus duduk kat tempat masing masing (Eh?) Hihihi. Buat ape nak kecoh2 kan. Oh! Punchcard sy merah. Oh!Tidak! Sy lambat. So not me ...but yeah kalau ade orang tny aku akan jawab laa elok2. Banyak2 orang, memang akan ada yang... haiiiiiii lambat ko arini? Kenapa lambat? And bla...bla..bla.. tak penting dan diamkan saja. Lagi bagus. Sebab aku taknak hari aku rosak sebab soalan remeh temeh yang begitu. To be honest, mmg ada hari yang terosak. eh ter rosak. eh. dirosakkan dgn benda remeh temeh. Biasalah, aku perempuan. Sedikit sebanyak mesti terasa. Haih.

Perlukah disalah aku yang perempuan?

Sedih dan Pedih.

Dari semalam aku tidur dengan bingitnya nyamuk, gatalnya bekas gigit, sejuknya angin hasil dari kipas yang aku hadapkan tepat ke arah ku. Aku panas, aku sejuk, aku jadi tak tentu hala. Memikirkan...

airmata yang ku seka
ketakutan yang masih bersisa
aku cuba lenyapkan dalam mimpiku
aku tutup rapat pejam mataku
cuba menghadirkan rasa tenang yang hilang
cuba mencari rasa sayang yang kujulang julang
namun, apa yang tinggal masih.
airmata yang ku seka
ketakutan yang masih bersisa

Pindah.

Aku tak tahu doa siapa.
Tapi bersyukur sangat.
Allah permudahkan.
Terima kasih Allah.