Tuesday, May 6, 2014

subuh tadi

SubhanaAllah...
Maha Suci Allah...
Indahnya Kau takdir subuh untukku tadi, Tuhan
Tak terbalas dek perkataan tiap tiap keindahan
SubhanaAllah...
Maha Suci Allah...
Hamba Mu yang kerdil ini mohon, biarlah subuhku begitu selalu
Di setiap rukuk (bersama)
Di setiap sujud (bersama)
Di tiap2 tadah tangan memohon pada Mu yang aku aminkan
Oh Tuhan. Itu kemanisan yang tak terucapkan..... ^^

Monday, May 5, 2014

hati.hati.

well. ini  juga bukan sajak hati. tapi, aku cuma nak ingtkan diri biar hati hati dlm setiap yang aku minta. Takut nanti aku pulak yang terima padah. Yelah, kita takkan tahu apa yang orang lain fikir atas apa yang kita mahu mahukan. Betul? Kadang kita meminta terlalu lebih. Kita nak yang kasih, yang setia, yang jujur, yang sayang, yang cinta, yang manis, yang indah dan sbgnya. Banyak kan? Dan ya, dalam banyak2 perkara yang kita minta memang kita tak dapat semuanya. Mungkin dapat yang kasih tapi tidak jujur tindakannya. 

so that. aku saran hati sendiri untuk mensyukuri apa yang ada. orang selalu kata, hidup ni anugerah. Bila dah anugerah, bukan selalu kita dapat, dan sekali dapat tu kenalah kita hargai sehabisnya.  hargai hidup, insan2 sekeliling, hargai apa yang kita punya walau bukan selamanya kita punya. Contoh, selipar baru beli semalam hari ni dah hilang. Mulanya, tuannya kita, lepas tu? Mungkin orang lain. Kan? Macam tu lah diibaratkan.

therefore. hati-hati dan syukurilah.

kosong yang penuh

hai blog.
aku tak ada sajak hati nak diluah hari ini. aku juga masih buntu mencari. aku masih harap pada yang sudi. Ops.bukan bab kawin. ini bab roh. rohani khususnya. lama lama aku jadi sedar jiwa aku terlaparkan isi jiwa aku dahagakan titis kasih dari Tuhan. Banyak sgt Dia beri, nikmat2 yang seharusnya kita syukurkan.  Banyak yang tak terucap, banyak yang tak terluah. Satu satu aku nak selongkar. Biar lambat, mudah2an sempat sampai.