Monday, April 28, 2014

hariinikaudatangriang?

Hari ini
aku senyum sekuat hati. Eh, ada ke terma tu? hentamkan saja. hari isnin kan orang selalu kata 'monday blues' and what so ever! Tapi hari ni aku, senyum puas. senyum ikhlas (i must say..haha) syukur di sini.. Berniat di hati demi Ilahi. Diam2 aku perhati keliling aku serap dalam dalam. Hahaha. Macam ni rupanya mcm mana semua ni jadi. Perhatikan dunia. Dunia akan tunjukkan sendiri di mana mana ada belangnya manusia. Cewah. But seriously, try take your time, sit and watch. Then observe. You'll find, everything is actually obvious~! I mean, orang ni mcm ni, orang tu mcm tu. Mamat A perangai gini, Minah B perangai gini. Hihi.

Hari ini
aku tak letak harapan tinggi. ada, adalah. tak ada, takpe. Bukan rezeki aku barangkali. Untuk apa? Untuk apa2 pun. Dengan itu, aku sedia jika dikecewakan, dipinggirkan, dibuang, dibuat seolah tak wujud atau apa2 kemungkinan yang akan jadi. Hurmmmmm, ada yang ingat aku ini anti-social kot ye? No, im not. It just, i've learned so much from my surroundings, from the people around me, from personal observation that ive made.  Its not the same now. My environment now is not so healthy. Everyone's trying to take others down.  










The people. Here.
We can never put so much hope. And love. *sigh*

Friday, April 25, 2014

konklusi

aku dah luah. tapi seolah tak puas.
aku dah cerita semua tapi seolah tak ada yang fahamkan aku.
aku penat fikir apa patut dan apa tidak
aku puaslah menduga yang aku salah dan nak tanggung semua.

tapi--

aku masih di sini. tersekat. pelik kan?
silapnya aku ni--
lupa mengadu pada yang tak pernah lupakan aku
lupa nak cerita pada yang tak pernah bosan dengarkan aku
lupa nak kisahkan semua pada yang sangat fahamkan aku
Yang menciptakan aku
Yang menyayangi aku
Yang sentiasa ada
Tuhanku.

Itu aku pikir jalan patut aku lalu dari awal.
Tanpa perlu aku bengkang bengkok selusuri semua ini.
Mereka nak buang, buanglah. Aku ada Tuhanku.
Mereka nak lupa, lupalah aku. Aku masih ada Tuhanku.

Ya Rabb.
Ingatkan aku supaya tak lupa.
Aku tak sendiri.
Aku ada-Mu Ya Tuhan.

Tuesday, April 22, 2014

pilihan

Berapa banyak yang kita ada?
Banyak.
Berapa banyak yang kita punya?
Itu, aku tak pasti.
Gembira?
Sedih?
Kecewa?
Bahagia?
Semua itu kita yang pilih.
Jadi, pilihlah yang baik baik
Supaya jadi yang baik baik
Tuhan pun suka yang baik baik

Semalam punya cerita. Aku berasa berjauh hati dengan orang orang di P.O.S . Well, biasa. Hari ini kita baik dengan dia, esok lusa belum tentu lagi akan sama baiknya dengan hari ini. Kalau hari ini kita boleh kongsi gelak ketawa, menangis esok esok, jgn pelik kalau kita seorang saja yang ada. Macam tu lah dekat sini. Satu ukhwah yang jalinannya bercabang, bengkang bengkok, haru biru dan kadang tu kelabu. Hahaha. Jadi, aku dengan rasa mendung di hati mencuba untuk tidak terlalu fikir. Aku jalani hari bekerja macam biasa. Senyum pada yang senyum. Gurau dengan yang boleh. Dan masih, aku tegur pada yang tidak menegur aku. Semua macam biasa, aku yang mengalah.  

Mengalah sampai hati. Mengalah jauh hati. Sebab aku belajar sesuatu, aku kena peduli hati sendiri. Kena peduli. Hati aku sendiri.  End of story, aku pilih untuk gembira dan rasa bahagia. Dan alhamdulillah, i did it. Aku tak rasa tercalar langsung dek benda picisan yang cuba mengganggu. Siapa kata kita tak boleh bahagia? Kita kan punya hati yang layak bahagia? Dari terus bersedih dan asyik (why..why...why me??) baik kita MEMILIH untuk senyum dan ketawa. In shaa Allah, Allah bantukan jalan kita. ;) Itu lagi bagus dan bermakna kan?

Monday, April 21, 2014

ignore

i cant change what you think about me
i just able to live happily with my loved ones
i just able to do what i love to do
and i just like the way i am.

just because you dont really like me now
doesnt mean that i have to feel down n regret
life must go on and on
and, we dont have too much time to hate, buddy.

forgive me, when i ignore.
i just choose to be happy.

risiko

Dalam hidup kita bermain dengan beratus ribu risiko.  Waktu memandu, memasak, beriadah dan macam macam lagi aktiviti yang terdedah dengan risiko. Hidup bergelumang risiko. Hahaha. Can we say that? Well actually semalam aku terfikir tentang ini. Bila mana risiko itu melibatkan hati. Yelah, kita kan bercinta bagi hati untuk menyayangi, mengharapkan hati ini disayangi, diri ini dicintai, lovers never know when sunrise. hahaha. Cenggitu lah indahnya rasa cinta dicintai yang digambarkan. Moga kekal sampai lepas kahwin ada anak cucu cicit cit cit.. hihi

Bila kita memberi hati untuk dicinta, kita punya banyak risiko untuk dilukai. Even married, we still have chance to lose our beloved person, hilang mencari cinta baru atau mungkin dia hilang buat selama lamanya. Tuhan dah kata, semua kan pergi. Itu satu risiko yang pasti. Kita juga akan merasainya. Cuma, risiko pasangan mencari cinta lain ni..  Nau'zubillah. Mungkin adalah kurang kita, atau adalah tu yang mencuit hati dia bermain cinta. Haih. Takut kan? rasa kehilangan tu tak best langsung.

So, apa yang patut kita buat dengan risiko yang ini?

Wednesday, April 16, 2014

Kak Pah

Kak Pah...
Sepupu aku tapi jarang sangat nama ini aku sebut. Tapi hari ini, nama ini lekat tepat di hati, terus aku membuai diri dengan segala kenangan dengan dia, si cikgu yang garang. Sejak kecil lagi, kak pah tak suka aku (budak budak sgt waktu ni) sebut apa2 pasal cinta ke, love ke, rindu ke, miss you ke, sebab dia kan cikgu. Plus, pengalaman mengajar. Pernah sekali aku nyanyi satu lagu ni. "if you come back in my life, baby you're the one i want" lalala.. saja nyanyi sebab lagu tu yang tengah femes waktu tu. Terus kena tegur dengan dia, jangan nak bercinta cinta, belajar dulu.hihi. Baiklah kak pah.

Bila dah makin membesar ni, nak kahwin, dia ada tolong, bagi pendapat, bagi sumbangan, nak bersalin, dia bagi nasihat, bagikan doa, dah ada anak, dia ada je untuk ditanya tentang demam budak, sakit itu, sakit ini. She's like superwoman. Anak-anak dia semua manis2 belaka. Macam dia. Pandai, bijak berkata2, tegas, ramah dan semualah. Aku pun bukanlah serapat mana, tapi dia boleh dikatakan kakak sepupu yang baik dengan aku. Senang sangat share dengan dia.

Tapi tadi mak call.

Kakpah sakit.
Masuk ICU.
Usus berlubang banyak.
Usus hendak dibuang.
Masih dalam stage berbincang lagi.

Allah. Luluh hati ni Ya Allah. Bantukan dia, berikan yang terbaik buatnya, sembuhkan penyakitnya Ya Allah.


Tolong, Ya Allah. Dia Kak Pah ku....

hati keras

Puaslah dirayu
Puaslah dipujuk
Hati kau keras, tuan.
Setiapnya kau tolak
Setiapnya kau bantah

Kesian dia
Aku rasa dia rasa diludah
Muka tebal pucat tak berdarah
Dek kerana amarah
Ditutup dengan tegas dan amanah
Seolah kau tak punya rasa
Hati kau keras, tuan.
Dihukum dia tanpa ditimbang
Dibantah tanpa perinya manusia


Arghh.. Apa yang aku merepek ni. Hati aku turut sedih seorang kawan merayu minta peluang tapi ditolak mentah dan bulat. Apalah. Kan? Maaf ayat aku hambur terabur. Maaf tuan, hati tuan mmg keras. 

maaf (2)

Hmm.
Macam mana nak mula ya? Aku tak ada apa apa masalah dengan perkataan maaf. Apatah lagi bila seseorang itu ikhlas menyatakan maaf dia. Betul tak? Aku cuma tak faham masyarakat kita yang memang dah terbiasa begini (SERIOUSLY, aku pun)

~ minggu depan saya nak pergi umrah, maaf ye?
~ esok saya ada exam, minta maaf ye mak?
~ malam ni saya operate, maaflah apa2 ye?
~ lusa dah nak pegi belajo jauh, maafkan salah silap ye?

Well. Perlukah ada apa2 then baru kita minta maaf? Macam tak patut je kan. Rasanya mohon maaf bila rasa diri bersalah, bila tahu kita yang salah, itu lagi bagus kan? Yelah, kita ni terlalu hampir dgn penghujung, kita ni dijenguk 70 kali sehari oleh Malaikat Maut, kita ni dah tinggal tak banyak masa lagi. Pesanku pada diri sendiri.  Pada yang baca, ye, aku pesan pada kalian sekali.  Marilah kita sama2 beringat, faham dan ambil tindakan atas apa yang kita sendiri dah lakukan.  Allah ada. In shaa Allah dipermudahkan.

Jadi, maaf ye. Kalau ada ayat aku mengguris, menyakiti kalian.(entah sapa lah yg baca kan....)


Maafkan aku. Aku juga punya hidup yang sementara.

maaf. (1)

Pagi tadi. ada hamba Allah ni datang minta maaf terbuka pada aku dan beberapa orang lain. tak lama lagi akan ke Mekah nak tunaikan umrah. aku pandang dia penuh minat. penuh teruja. Dia dipanggil Allah swt. Dia yang Allah pilih untuk ke sana. MasyaAllah. Teringin sangat aku nak ke sana. Teringin sangat. Aku mintak didoakan agar aku juga dijemput ke sana. Dia senyum angguk. Yang lain pn sama minta didoakan.

Cuma.

Jujurnya aku MEMANG ada terasa hati dengan dia. Dan aku, terlepas bagitau depan semua. Kesian kan, mesti dia segan. Dia tanya kenapa? Aku senyumkan aja. Nantilah biar kita kita aja. Dia senyum kelat. Ye, ada satu benda kecil yang dia buat yang terkesan di hati aku. Satu perkataan, satu ayat yang guris nipis hati aku. Lama dah. Sejak dari tempat lama lagi. Aku senyum aku pendam. Tapi tadi, bila dia dah tahu, aku rasa hilang sikit demi sikit rasa anti-dia (aku selalu elakkan perbualan dengan dia sebab tak nak hati aku sakit).

Dan magis nya, aku rasa dia juga orang baik (seolah lupa apa yang jadi dulu). Perbualan kami diteruskan dengan kisah syurga, kisah umrah, kisah baik baik. Senyum kelatnya masih di situ. Aku layankan saja, tak naklah dia berasa hati dengan aku pula.  Jujur, hati aku dah pun memaafkan lanjur kata dia beberapa tahun yang lepas, PAGI TADI.


Tuesday, April 15, 2014

dulu aku.

Melihatkan kebodohan dulu
Sebolehnya aku tak mahu ia diulang
Oleh sesiapa pun
Tapi yang pasti
Semua tu pengalaman aku
Yang dulu dulu
Yang hitam pahit itu
Semua coretan silam aku

Kebodohan.
Itu salah satu.

Monday, April 14, 2014

buangan

buang jauh aku
kalau hilang tempat di hati mu
lempar jauh memori kita
andai sudah tak ada apa

biar aku jadi yang terbuang
yang mengenang
yang berlinang
biar aku yang jadi

buangan jauh.

sedih

Kalau aku ini penyedih
Kau itu apa?
Perobek hati pembunuh jiwa?
Memang aku sedih
Mengenang kita nak jadi apa
Kau pula?
Terus robek terus bunuh
Sampai satu masa aku
Bunuh sendiri
Tiap tiap rasa sayang
Tiap tiap rasa hormat
Pada insan semacam kau
Tapi kau peduli apa
Yang kau tahu cuma
Robek dan bunuh
Aku punya jiwa

sakit.

Bila mana Tuhan memberi kita sakit, di situlah ada kasih sayang, keampunan yang diberi-Nya.  Sakit itu dikatakan penghapus dosa. Siapa kita untuk menidakkan diri kita banyak dosa pada Allah swt.Kan?
Ye, minggu lepas aku sakit. Seminggu tak kerja. Muntah2, cirit birit, demam. Allah sahaja yang tahu apa dan bagaimana rasanya.
Dan aku percaya, yang lain pun diuji juga malah lebih hebat ujian atau sakit yang menimpa. Kan?

Apa yang berlaku pasti pasti pasti ada hikmahnya. Dan hari ini aku yang kena, esok lusa mungkin menyinggah di takdir orang lain pula. Kita tak tau kan? Bila dah sakit mcm ni, membuatkan aku fikir balik, kawan masa susah dan kawan masa senang. Keluarga yang ada setiap masa untuk aku.  Dan pastinya, kasih sayang keluarga kita tak ada tolok banding nya dengan yang lain kan? Cuma, hati aku sikit terasa, sakit2 ni takda sorang pun yang tanya khabar aku? Takda sorang pun tanya mana aku? Aku faham tahap kepentingan aku dalam pejabat bukanlah apa sangat. Cuma aku rasa, aku masih ada kawan2 lagi. Yang selalu ketawa bersama, keluar sama, makan sama, kongsi masalah sama2. Tapi sekarang, mana?????????

Persoalan bodoh.


Wednesday, April 2, 2014

gusar tak sudah

Kalau boleh aku campak jauh rasa gundah ni, dah lama aku buat dah lama aku buang. Masalahnya sampai saat ini, aku tak boleh tak mampu nak buat apa apa dengan perasaan ini. Macam ada yang terhutang, jadi aku gelisah sebab tak langsaikan. Macam yang tersekat, jadi aku gelisah nak luahkan. Macam ada yang aku kena buat, tapi aku tak dapat buat. Apa semua ni Tuhan........

Kalaulah aku boleh tukarkan perasaan ini dalam bentuk perbuatan, aku ini seolah di tengah lautan, nak ke kanan ke kiri semua jalan ku sama, jalan BUNTU.  Aku macam nak terdampar mengharap bantuan, di tengah lautan yang aku sendiri tak pasti tentang kuatnya onak dan duri dlm air bergelora itu. Apa semua ni Tuhan....

Bantukan aku, Tuhan......

bad day

Hmm.
Tak pernah aku rasa tak kena sebegini rupa.
Itu tak kena ini tak kena
Gelisah sangat hati aku ni

Ya Allah, bantukan aku yang buntu
Bantukan aku yang kusut
Apa sebenarnya ni Ya Allah.

Peliharalah org2 yang aku syg Ya Allah
Jagakan mereka andai apa2 jadi padaku nanti

Apa aku merepek ni...hmm

Tuesday, April 1, 2014

Kahwin Kahwin

Penceritaan aku kali ini hanyalah berkisarkan apa yang aku nampak aku lihat aku dengar atau mungkin aku sendiri yang rasa. Penceritaan aku kali ini adalah tentang bab paling feveret dalam hidup iaitu KAHWIN. Feveret tak? haa.itu jawab sendiri. Bagi yang belum, mestilah feveret kan. Bagi yang sudah .... entah ya?lepas apa yang kita lalui, kita hadap hari hari, masihkah feveret lagi kahwin di hati? Ada pun yang terkandas di tengah jalan,buntu tak ketahuan, aku tak fikir buat masa ini kahwin menjadi idaman hati. Sebab masih ada luka untuk diubati, takkan kita terus terus nak bersedia lagi untuk dilukai kan? Sekurang kurangnya, amik masa dulu. Ye tak?

Memandang kelmarin yang silam, aku jadi rindu akan kahwin. Rindu suasana, rindu perasaan gelisah menunggu, rindu perasaan debar, rindukan mak ayah kaum keluarga sanak saudara yang ada sama merai. Yang pasti, aku rindu kekasih akhir yang ku cinta. Bukanlah bermakna kini dia bukan lagi orang yang sama. Alhamdulillah, menginjak ke tahun kedua, dia masih lagi lelaki yang sama yang ku cinta dan yang menyinta diri ini. Kalau pun ada berubah sedikit, itu lumrah namanya. itu hukum alam kalau aku boleh kata. Yelah, masa bercinta keluar makan sana sini, tapi sekarang makan kat rumah itu lebih indah dan bermakna. See?Its for good actually. Ye tak?

Bagi yang belum, jangan ingat ianya seindah yang disangka. Ya, betul indah kalau anda pandai menghargai pasangan, menghargai perhubungan, dan mencuba sehabis baik untuk menjadi suami / isteri yang baik buat pasangan.  Selama mana mampu, cubalah dan teruslah mencuba.  Pada yang sudah, dah tahu kan? Apa adanya dengan perkahwinan, apa adanya dengan pasangan kita. Paling penting kita kena menerima mereka seadanya, sama juga dengan diri kita, kita tak sempurna, no one perfect. So, attached with each other with their incomplete, with their weakness. Love them for who they are. Itu lagi bagus. Ye tak?

Fikir fikir balik. Selagi kita tak rasa kita tak tau kan?Not say bout the bad things laa, its about how beautiful marriage is. Yes, its beautiful. May Allah bless us all and make it more beautiful for us. Amin.

Kipas

Jujur
Aku tak pandai puji
Kalau tak di hati
Aku tak betah berjanji
Kalaupun aku pasti
Aku cuma pamer senyum asli
Yang tak lahir mungkin ikhlas di hati
Untuk aku duduk depan kau
Hadap muka kau tapi hati tak ada
Itu tidak mungkin kan jadi

Sebab.

Kipas, aircond, semua bukan aku. Bukan.